Satu kejohanan Golf Alumni Antara Tahun Kolej Pertanian Malaya (KPM) telah diadakan pada 18 Februari 2016 di Staffield Golf and Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan.  Kesemuanya, tujuh pasukan mewakili Kumpulan Alumni 1969 sehingga Alumni 1975 masuk bertanding.

 

Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kumpulan alumni tersebut melalui sukan golf.  Ahli Jawatankuasa Kejohanan Golf 2016 dipengerusikan oleh Haji Md Hussain Menggong serta dibantu oleh Haji Muhamad Ngadi Leber dan Shaiful Baharum Abdullah.  Tetamu jemputan adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan, Mantan Naib Canselor UPM, Dr. Yahaya Abu Ahmad, Pengarah Pusat Kesihatan UPM dan Encik Zulkiflee Othman, Bendahari UPM.

 

Pasukan Kumpulan Alumni LDP’1974, yang diketuai Haji Sabudin Mohd Ali telah menjadi Juara Kejohanan Tahun 2016.  Tempat kedua disandang oleh Kumpulan Alumni Kelas ‘75 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Alumni 1972.  Presiden PAUPM, YAM Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.