Sebanyak lima Pasukan telah menyertai Kejohanan Golf Alumni Inter-Varsiti kali ke 11 yang di adakan pada 17 Mac 2016 (Khamis) di Impian Golf & Country Club, Kajang.  Kejohanan yang dihoskan oleh PAUPM dan dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin, berjaya merangkul naib juara dengan ketinggalan 8 mata daripada Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM).

 

Tiga pasukan lain yang bersaing di Impian Golf Kajang tersebut terdiri daripada Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) merangkul tempat ketiga, Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) dan Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM).

 

Walaupun PAUPM akur di tempat kedua, namun Ketua pasukan, Kapten Haji Zolkepli Othman (Kelas ‘1975) menarik nafas lega dengan penganjuran kali ini.  Pelbagai masalah yang pihak penganjur terpaksa lalui sehingga terpaksa menunda kejohanann kali ini ke tahun 2016. Sejuta penghargaan PAUPM berikan kepada para dermawan, terutamanya Pengerusi Program Dato’ Hashim, Encik Shaun Goh, Usaha Jaya Sdn Bhd, Norzack Catering, CCM Malaysia dan tidak ketinggalan pihak pengurusan Impian Golf & Country Club (Hole in One) serta kepada Sekretariat Program yang banyak membantu menjayakan kejohanan ini.

 

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pemain-pemain yang mewakili PAUPM:

YAM Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Y.Bhg. Dato’ Mohd Yasin Mohd Salleh (VIP), Izwan Nordin, Dato’ Zulkifli Saleh, Dr. Zailani Khuzaimah, Mazlan Zaharudin Mat Arof, Fariz Adzmi, Fuad Putih, Badrul Hisham Ibrahim, Fairul Nizam Ismail, Dato’ Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin dan Zolkepli Othman.