SEJARAH PENUBUHAN

PERSATUAN ALUMNI  UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM)

Menyedari keperluan satu mekanisma yang boleh merapatkan hubungan di antara alumni dan seterusnya dengan alma mater, maka beberapa kumpulan Persatuan Bekas Siswa Kolej Pertanian Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Persatuan ini mula bergerak aktif di Kuala Lumpur sejak tahun 60-an dan akhirnya didaftarkan sebagai Persatuan Bekas Siswa Kolej Pertanian Malaya melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) pada 29 Jun 1971 untuk mewakili semua pelajar dari Sekolah Pertanian, Kolej Pertanian Malaya, Universiti Pertanian Malaysia (dan sekarang dikenali sebagai, Universiti Putra Malaysia). Kini PAUPM telah berusia lebih 60 tahun dan menyokong penuh aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama Universiti untuk tujuan menanam semangat kecintaan kepada alumni dan alma mater. Setiap tahun, bilangan pelajar yang memasuki UPM meningkat. Ini bermakna bilangan alumninya juga semakin bertambah. Alumni yang bergraduat semenjak tahun 2004 diterima menjadi Ahli PAUPM secara automatik.  

Pada 1 Oktober 2015, Pejabat PAUPM telah berpindah dari Rumah Kelab Ragbi ke pejabat baru di Aras Bawah, Bangunan Canselori Putra UPM yang merupakan pusat pentadbiran baru UPM. Ribuan terima kasih kepada mantan Naib Canselor UPM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan atas pemberian ruang aras bawah ini kepada PAUPM. Kerja- kerja ubahsuai ruang pejabat ini giat dijalankan selama dua bulan bermula Ogos hingga hujung September 2015.

PAUPM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Ragbi UPM kerana sudi membenarkan pengurusan PAUPM beroperasi di Rumah Kelab Ragbi UPM sebelum ini.

Ruang pejabat ini berukuran 50’ × 50’ dan mempunyai 5 ruang utama iaitu ruang bekerja, bilik Pengurus, pantri, stor, bilik mesyuarat selain kaunter dan ruang menunggu untuk tetamu yang berkunjung ke Pejabat. Dengan adanya ruang Pejabat baru PAUPM ini diharapkan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dapat dikenali dengan lebih dekat bukan sahaja Alumni UPM tetapi juga orang awam dan juga “stake holders” UPM