Tarikh : 9 Jun 2016 (Khamis)
Masa : 6.00 petang – 10 malam

Tempat : Foyer, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM
Kehadiran : 200 orang

 

Majlis berbuka puasa pada tahun ini diadakan di Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Alumni 1979). Majlis ini adalah kesinambungan program tahunan PAUPM yang bermula tahun 2013 di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Fakulti Kejuruteraan pada tahun 2014 dan Fakulti Pertanian tahun 2015. Sementara itu, PAUPM turut menyampaikan sumbangan wang dan goodies bag kepada 30 Anak-anak Yatim Nur Hikmah, Kajang serta 16 Pelajar Asnaf  Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz Ghazali serta solat terawih.