Tarikh        :        10 Februari 2016 @ Hari Rabu

Tempat      :        Kafe L’apprenti Kelab Golf UPM

Masa         :        5.30 petang

Kehadiran  :        45 orang

 

 

Satu majlis “high-tea” untuk YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris telah dianjurkan oleh PAUPM sebagai meraikan perlantikan beliau sebagai Naib Canselor UPM ke-8.  Prof Datin Paduka Aini adalah Alumni UPM 1979, graduan dalam bidang Sains Veterinar.  Dalam majlis tersebut, alumni terbilang seperti YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub serta wakil-wakil Chapter Alumni turut hadir sama.  Datin Paduka dalam ucapannya mengalu-alukan sokongan dan penglibatan semua pihak terutama PAUPM dalam usaha dan menyokong hasrat Universiti memperkasakan pertanian dalam pencapaian ranking “Global 200” Universiti terbaik dunia.  Majlis tamat jam 6.30 petang disusuli dengan sesi ramah mesra dan sesi bergambar kenang-kenangan.