Tarikh          :      26 Mac 2016 (Sabtu)

Tempat         :     Dewan Auditorium Canselori, Bangunan Canselori Putra UPM

Masa            :     11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Kehadiran    :     90 orang

 

Mesyuarat Agung Tahunan PAUPM 2016 dimulakan selepas berakhirnya Majlis Perasmian. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, Tuan Haji Ghazali Salamat; Setiausaha Agung PAUPM membentangkan Laporan Aktiviti-aktiviti PAUPM sepanjang tahun 2015. Program Alumni Foundation Talk (AF Talk) merupakan aktiviti pertama kali diadakan dengan kerjasama Kolej Kediaman UPM. Setakat ini, Program ini mendapat sambutan yang cukup hangat daripada semua Alumni dan pelajar. Beberapa perkara-perkara dibangkitkan oleh Ahli seperti sejauh mana Program kerjasama PAUPM dan Pusat Alumni UPM dalam aktiviti- aktiviti Alumni, sejauh mana peranan Timbalan Dekan (HEPA) yang diwujudkan di setiap Fakulti serta apakah perancangan semasa untuk meningkatkan lagi Dana PAUPM.

 

Beberapa tindakan susulan akan dibuat berdasarkan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Mesyuarat ini. Mesyuarat tamat jam 1.00 tengah hari disusuli jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar.