Tarikh: 9 Ogos 2016 (Selasa)
Tempat: Bangunan Canselori Putra UPM

Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang

 

Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dengan kerjasama Fakulti Pertanian UPM telah mengadakan National Coconut Workshop 2016 yang dirasmikan YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Antara objektif Bengkel ini termasuklah: mengemaskini dan perkembangan industri kelapa di Malaysia, membantu kerajaan dan Agensi terlibat melaksanakan polisi dalam usaha mencapai pertumbuhan dan perkembangannya sebagai “sunrise industry” serta membincangkan strategi yang dapat membina platform interaksi dan faedah bersama antara pemegang taruh (stake holders) di Malaysia. Penganjuran bengkel ini mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada Agensi-agensi dibawah MOA seperti MARDI, FAMA, DOA dan sebagainya.