KEISTIMEWAAN KEAHLIAN PERSATUAN ALUMNI UPM

 

PAUPM menawarkan Kad Keahlian Persatuan Alumni UPM kepada ahli-ahli yang berdaftar. Kad ini mempunyai kelebihan untuk memberi Kemudahan, Keutamaan dan Keistimewaan dari segi harga dan perkhidmatan.

 

 

 



KAD LAMA (SESI 2004-2013)

 

KAD BARU (MULAI SESI 2014)

 

 

* Kad sesi 2004-2013 masih boleh digunapakai sehingga kini

Untuk menjadi ahli PAUPM, alumni hanya perlu membuat pembayaran RM50 sekali seumur hidup tanpa yuran tahunan. Kelebihan menjadi Ahli adalah seperti berikut:-

  1. Diskaun Yuran Keahlian Perpustakaan: Semua ahli PAUPM boleh menjadi ahli Perpustakaan UPM dengan mendapat kadar diskaun Yuran Tahunan yang istimewa iaitu RM100/tahun berbanding RM200/setahun.
  2. Diskaun Yuran Menunggang Kuda: Semua ahli PAUPM boleh mendapat kadar diskaun bagi Kelas Latihan Menunggang Kuda (Individu) di Pusat Ekuin UPM yang terletak bersebelahan Lebuhraya Kajang SILK dan kompleks baru Fakulti Pertanian serta berhadapan dengan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan kadar harga RM400 (10 sesi) berbanding RM600.
  3. Diskaun “Green Fees” Kelab Golf UPM: Semua ahli PAUPM boleh mendapat kadar diskaun yang istimewa sebanyak 25% untuk permainan 18 lubang sahaja.
  4. Layak Menerima bantuan kebajikan melalui “Tabung Alumni Prihatin PAUPM”: Ahli PAUPM layak menerima bantuan kebajikan seperti sakit Kronik, kemalangan hingga mengakibatkan kurang upaya, kematian atau sebagainya atas budibicara, mengikut terma dan syarat-syarat yang dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa PAUPM berdasarkan kepada kelayakan dan prestasi kewangan akaun ‘TABUNG ALUMNI PRIHATIN’.
  5. Diskaun istimewa untuk tempahan Dewan Banquet UPM: Ahli PAUPM layak mendapat diskaun istimewa untuk tempahan Dewan Banquet UPM.

Ahli PAUPM akan terus menerima keistimewaan lain yang akan dikemaskini dan ditambahbaik dari semasa kesemasa. Persatuan kini dalam proses menambahbaikan keistimewaan-keistimewaan yang bakal diperolehi ahli seperti berikut:-

• Diskaun istimewa kemasukan ke Edu Park

• Diskaun penggunaan kolam renang UPM

• Diskaun/Keistimewaan menggunakan gelanggang tenis UPM dan kemudahan- kemudahan lain dalam UPM bagi membawa lebih ramai alumni kembali menyumbang kepada Universiti.