Cadangan Penubuhan Koperasi Alumni telah disuarakan oleh Kumpulan The Last Kopeks sebagai satu platfom untuk menjana dana dan pendapatan bagi membiayai aktiviti kebajikan alumni selain dari memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.  Justeru, satu Jawatankuasa Penaja telah ditubuhkan pada 4 November 2015 dan ianya mendapat restu dan sokongan penuh oleh PAUPM melalui mesyuarat bersama yang diadakan pada 12 November.  Seterusnya, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula, telah mengeluarkan surat meluluskan penubuhan Koperasi Alumni UPM Serdang Berhad pada 22 Disember 2015.

Setelah mendapat sokongan lebih dari 80 orang alumni yang menyatakan hasrat untuk menjadi ahli dalam peringkat permulaan, Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi telah diadakan pada 15 Mac 2016 dan dokumen-dokumen yang relevan untuk mendapatkan kelulusan seterusnya telah pun diserahkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 21 Mac 2016.

12 orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang telah dilantik adalah:

Hj Mohamad Mohd Noh (Pengerusi), Hj Ahmad Fuaad Mohd Yatim (Setiausaha), Hj Kamarudin Abdul Rahman (Bendahari), Hj Abd Halim Nordin, Dr Hj Ibrahim Mohamed, Dr Shamsul Abu Bakar, Hj Samsudin Abas, Dr Hj Che Wahab Che Mat, Hj Mohd Zulkifli Mohd Zainudin, Hj Zainal Abidin Yahya, Hj Abdul Malik Nong dan Samat Moain.