Tarikh            :            26 Mac 2016 (Sabtu)

Tempat           :           Aras Bawah Bangunan Canselori Putra UPM

Masa              :           9.00 Pagi

Kehadiran      :           250 orang

 

PAUPM melakar sejarah buat pertama kalinya mengadakan Majlis Perasmian Pejabat Baharu PAUPM di Bangunan Canselori Putra UPM. Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim (Alumni ’79). Ketibaan YB Dato Sri disambut oleh Presiden PAUPM, Exco-exco PAUPM, Naib Canselor UPM, Pengurusan Tertinggi Universiti, Alumni dan pelajar-pelajar UPM. YB Dato’ Sri terus dibawa ke Pejabat Persatuan untuk gimik perasmian memotong riben dan menandatangani plak. Beliau turut dibawa melihat ruang-ruang di Pejabat PAUPM selain sempat beramah mesra dengan Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Mohd. Rashdan Baba yang turut berada dalam Majlis ini.

 

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden PAUPM; YAM Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail. Presiden sangat gembira dengan kehadiran YB Dato’ Sri Rohani kerana sudi menerima jemputan untuk merasmikan Pejabat Baharu PAUPM. Beliau berharap dengan adanya lokasi Pejabat PAUPM ini bakal menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti Alumni selain menjadi “one-stop centre” Alumni. Beliau mengalu-ngalukan Alumni-alumni untuk datang ke Pejabat baharu ini dan menggunakan segala kemudahan yang sedia ada.

 

YB Dato’ Sri Rohani turut menyampaikan ucapan perasmian selepas itu. Dalam ucapannya, YB Dato’ Sri Rohani begitu teruja apabila dipanggil untuk merasmikan Pejabat baharu PAUPM. Beliau menyatakan kerinduan untuk kembali ke kampus ini dan peluang ini digunakan untuk kembali semula ke UPM ini. Beliau turut berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM 100,000 kepada PAUPM. Dalam majlis ini, satu Memorandum Persefahaman telah dimeterai antara Explore Agenda Sdn Bhd dan Forita Training and Consultancy. Majlis tamat kira-kira jam 11.00 pagi disusuli Jamuan Makan Tengahari.