Tarikh: 22 Mei 2016 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Dewan D. MAEPS Serdang

Kehadiran: 250 orang

 

Satu perjumpaan semula (reunion) Alumni ’76 telah diadakan baru-baru ini sempena ulangtahun ke-40 Alumni ’76. Satu jawatankuasa pelaksana yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Anas Ahmad Nasarudin telah dibentuk bagi mengatur perjalanan program gilang gemilang ini. AJK yang terlibat sanggup turun padang untuk menghadiri mesyuarat walaupun ada diantara mereka menetap jauh dari Kuala Lumpur selain komitmen kerjaya. Namun semangat Alumni mereka begitu kuat dalam usaha menjayakan Program ini.

Majlis bermula sekitar 10.00 pagi dengan pendaftaran tetamu. Sekretariat PAUPM turut membantu dalam penyediaan “goodies bag” dan kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Program, Tuan Haji Anas Ahmad Nasarudin. Ini diikuti dengan memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa kepada semua tetamu yang hadir. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian serta tayangan slaid yang memaparkan gambar kenangan ketika zaman belajar.

Program ini juga turut diserikan dengan pameran “booth” jualan oleh Alumni serta PAUPM. Kumpulan Alumni ’76 ini juga telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3000.00 untuk sumbangan kepada Dana Wakaf Ilmu UPM. Diharapkan sambutan seperti ini dapat diteruskan oleh Kumpulan-kumpulan Alumni seterusnya dalam usaha mengembalikan Alumni kembali menyumbang kepada Universiti.